Aku menyanyah... Secara ringkasnya : AFBUANG MAWI!

Hari ini saya ingin berbahas dalam bahasa kebangsaan saya... Oleh kerana saya tidak mempunyai modal untuk bertulis... Saya akan membebel dan menyanyah tanpa arah dan tujuan... hehehe... Topik hari ini ialah mengenai Pusingan Akhir Akademi Fantasia yang akan berlangsung malam karang... Toloooooong lah! Toloooong lah jangan bagi Mawi menang! Dia tak reti nyanyi! *Tidak!* Pada pendapat saya... Marsha patut menang sebab dia berbakat... Dia boleh nyanyi sambil main piano... dia boleh karang lagu lawak 'Pokok Kelapak' tuh... *Mawi boleh buat apa? Hampeh!* AF pulak kasi dia stok-stok lagu arab ala nasyid saja... Kenapa? Dia tak reti ke bawak lagu lain? Kalau nak dia menang buat lah AF : Nasyid Edition ke?

Setelah menonton AF pada minggu-minggu yang lepas... Saya telah menyedari bertapa banyaknya golongan Jawa dia Malaysia nih... *Siap ada 'banner' Persatuan Peranakan Jawa tuh!* Saya takde lah anti orang Jawa... Saya pun setengah darah Jawa... tapi... Kalau pertandingan nyanyi nak sokong sebab jenis darah atau bangsa... baik tak payah! bukak lah parti politik dan sokong lah masing-masing... kalau tak pun... buat lah AF : Jawa Edition ke?

Toloooong lah! Sedar lah! *Aku campak korang kat Pusat Sedar Diri kat Seksyen 13 Shah Alam tu karang!* Dengan ini... Saya nak cadangkan cara undi AFBUANG dimana ia akan menolak undian-undian AFUNDI tuh... Apa kata? Saya sanggup bayar untuk AFBUANG... korang kat ASTRO ngan Maxis pun buat lagi banyak duit bukan? Muah aH AhaHa ahAH ahah aahA HaHA ahA haHa HA aHA HaHa A... Ok... itu sajalah! *Pistol Goodbye!*

Comments

Anonymous said…
sesungguhnya kekanda pun agak tensi dengan orang2 yang mempunyai citarasa yang teruk nak mampus yang beruk pun gelak sebab diorang lagi tau marsha is better. you know why marsha is last kan... sebab dia takder support from orang2 kampung! dahler now semua orang mengaku jawa!!! cibaizzzz!!!

tengok mas pun buat akak tension... nih belum tengok lagi vcd! muahahahahahah!!! nanti next week akak report lagi. weekend nih marathon!

oh and mas... betapa is spelt without the R... muekekekekek... maloooooo moooooo!!!
Pilu said…
waduh, marsha is no fun, gedik nak mampus... uweeekkkk! ;) not my type! :D

Popular posts from this blog

Wanna see something crazy?

An update? OMG... The world must be ending soon!

"Come See!" What the... What am I? A freak show?